○ ■ ¤¤¤¤¤ BMItv

Hakikat Ibadah

HAKIKAT IBADAH 
ARTI 'IBADAT Secara bahasa ‘Ibadat berasal dari kata 'abd; artinya adalah "pelayan" dan 'budak". Jadi, 'ibadat bererti
"penghambaan" dan "perbudakan".

Sedangkan secara istilah syariah kata 'Ibadah' merupakan sebuah makna yang menyeluruh :

'IBADAT ITU
MERUPAKAN PENGHAMBAAN 
SEUMUR-HIDUP'

Akan tetapi kenyataan yang sebenarnya ialah bahawa 'ibadat untuk tujuan apa anda semua diciptiakan, dan yang telah diperintahkanNya kepada anda agar dilaksanakan, adalah sama sekali berbeza.


'Ibadat yang sebenarnya ialah bahawa anda mengikuti aturan dan hukum Allah SWT dalam hidup anda, dalam setiap langkah dan setiap keadaan, baik dalam tataran ekonomi, budaya, pendidikan, pemerintahan, pergaulan politik dalam dan luar negeri, militer dll dalam sebuah bingkai Daulah Khilafah, dan melepaskan diri anda dari ikatan setiap hukum yang bertentangan dengan hukum Allah.   Setiap gerakan yang anda lakukan haruslah selaras dengan garis-garis yang telah ditentukan Allah bagi anda. Setiap tindakan anda harus sesuai dengan cara yang telah ditentukan Allah (syariat Islam). Dengan demikian, maka hidup anda yang anda tempuhi dengan cara demikian inilah yang disebut 'ibadat. Dalam hidup yang demikian, maka tidur anda, bangun anda, makan dan minum anda, bahkan berjalan dan berbicara anda, semuanya adalah 'ibadat.

Jadi lebih jelasnya lagi, 'ibadat yang sebenarnya kepada Allah ialah mengikuti hukum dan aturan-aturan Allah dan menjalankan hidup yang sesuai dengan perintah-perintahNya sejak dari usia aqil-baligh sehingga meninggal.  'Ibadat tidak mempunyai waktu-waktu tertentu. Ia harus dilaksanakan sepanjang waktu. 'Ibadat juga tidak mempunyai satu bentuk yang khas. Dalam  setiap  perbuatan  dan  setiap  bentuk  pekerjaan,  'ibadat  kepada  Allah  harus dilaksanakan. Kerana anda tidak boleh mengatakan: "Saya hanya menjadi hamba Allah pada waktu-waktu tertentu, dan tidak menjadi hambaNya pada waktu-waktu yang lain", maka anda juga tidak boleh mengatakan bahawa pelayanan dan 'ibadat kepada Allah hanya ditentukan pada waktu-waktu yang tertentu pula dan waktu-waktu yang lain tidak diperuntukkan untuk itu.

Anda sekarang telah memahami arti 'ibadat dan kenyataan bahawa mengabdi kepada Allah dan patuh kepadaNya sepanjang hayat dan dalam segala situasi dan keadaan adalah 'ibadat. 

Sekarang mungkin anda akan bertanya: "Kalau begitu, apakah hal-hal seperti solat, puasa, haji dan sebagainya itu bukan 'ibadat? 

Jawabannya ialah: memang, itu semua juga termasuk 'ibadat. Tetapi tujuan dari ibadat-ibadat seperti ini sebenarnya adalah untuk mempersiapkan anda untuk melaksanakan 'ibadat besar yang harus anda laksanakan selama hidup anda dalam segala situasi dan keadaan itu.

Solat mengingatikan anda, lima kali sehari, bahawa anda adalah seorang budak Allah dan hanya kepadaNya anda harus mengabdi. Zakat menyedarkan anda setiap waktu akan kenyataan bahawa wang yang anda perolehi adalah pemberian Allah. Janganlah anda habiskan wang itu hanya untuk keperluan-keperluan jasmani anda sahaja, tetapi haruslah anda berikan juga hak Allah. Haji membangkitkan kesan yang sedemikian rupa akan cinta dan kebesaran Allah dalam hati orang yang melakukannya hingga sekali kesan ini tertanam dalam hati, maka pengaruhnya tidak akan hilang seumur hidup. 

Apabila setelah menjalankan semua 'ibadat ini seluruh hidup anda menjadi pencerminan 'ibadat kepada Allah, maka tidak syak lagi solat anda adalah solat yang benar, puasa anda adalah puasa yang benar, zakat anda adalah zakat yang benar, dan haji anda adalah haji yang benar. Tetapi bila tujuan ini tidak tercapai, maka tidak ada gunanya melakukan ruku', sujud, puasa, haji, dan zakat itu semua. 

Atas dasar itu dan oleh karenanya pula saya mengajak kepada setiap Muslim (yang sudah aqil balig) untuk sama-sama menyadari akan sebuah kewajiban kita sebagai hamba Allah SWT yang muslim yakni meneruskan perjuangan penyebaran risalah Islam ini terus berjalan tetap di bumi ini.

Kita tidak bisa menghelak dari tugas kita sebagai Hamba Allah yang Muslim, karena Allah SWT sendiri telah membrikan mandat kepada kita untuk menjadi syaksi di hadapan umat manusia sealam jagat raya ini (Bumi) untuk memberikan kesaksian di hadapan mereka tentang persoalan penting yakni risalah islam dinul Islam, tentang kebenaran Islam, sehingga hanya kepada Allah SWT segala kepatuhan di tujukan.

Untuk itu bagi anda yang ingin menjadi hamba-hamba Allah yang Muslim, yang ingin menjadi muslim yang sebenanya, menjadi muslim yang penuh kesadaran dan rasa tanggung jawab, mari segera.. dengan semangat 65 (Iman Islam) melibatkan diri dari saat ini untuk menjadi pengemban risalah Islam yang ikhlas diprogram agenmisi5156.

Bergabunglah sekarang juga,. Bersegeralah untuk menuju kepada Surga Allah SWT. silahkan lihat dulu penjelasan lengkapnya, klik disini.

Komentar

Peluang pahala lainnya

Hidup dan Mati Dengan Laa ilaha illallah

Misi hidup di bumi